INFO TERKINI - SPAM ! ...

INSTRUMEN PENGHAYATAN AQIDAH MURID
Dikemaskini oleh Admin / Us. Hafidz - 2 OGOS 2011 / 12.15 AM

Bahan Buku Instrumen dan Borang Jawapan Intrumen telah dimuat naik (upload). Semua sekolah boleh memuat turun (download) bahan berkenaan secepat mungkin. Pastikan komputer anda telah diinstall dengan perisian WinRAR untuk membantu abda unzip folder bahan instrumen. Perisian WinRAR boleh dimuat turun (download) dari laman ini.


Setelah muat turun (download) bahan Instrumen berkenaan (dalam bentuk fail zip/rar), sila dapatkan kata laluan daripada admin (us. hafidz ) melalui SMS. Kata laluan ini penting bagi menjamin tahap keselamatan bahan Instrumen dan Perisian SPAM.


Prosedur untuk mendapatkan Kata Laluan, GPI / Penyelaras yang bertanggungjawab dikehendaki SMS kepada admin butiran berikut :
  • Kod Sekolah
  • Nama Sekolah
  • Nama Ketua Panitia
  • Nama Penyelaras SPAM
  • No. HP Penyelaras SPAM
Semua sekolah dan penyelaras yang telah memuat turun dan telah diberikan Kata Laluan akan disenaraikan dalam laman ini untuk tujuan semakan.

Sistem SPAM akan dimuat naik (upload) dalam tempoh masa terdekat ini. Sistem berkenaan masih lagi dalam peringkat semakan. Sistem berkenaan perlu dibentang kepada pihak pengurusan BPI, KPM untuk tujuan semakan dan pengesahan terlebih dahulu sebelum boleh disebar luas untuk tujuan penggunaan. 

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More